Thursday 30 August 2012

Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak - Shafinaz

Assalamualaikum and Happy Eid Mubarak everyone. Hari ni dah masuk 12 Syawal. Cepatnya masa berlalu. So, entry hari ini tentang Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak. Terlalu banyak ganjaran yang telah Allah swt sediakan untuk mereka yang berpuasa sebenar-benarnya. Let's check it out!



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Dan yang paling istimewa tentang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini ialah Malam Lailatul Qadar. Apakah Malam Lailatul Qadar itu?
"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan." (Surah al-Qadr Ayat1-2) 



Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu diterima olehNya. Amin. And hopefully this is not our last Ramadhan dan kita dapat memperbaiki amalan kita dari tahun ke tahun. InshaAllah :)

No comments:

Post a Comment