Thursday 30 August 2012

ALMOND LONDON ^_^v - AIDIEL HAZIQ

assalamualaikum...hai kawan2..bertemu kita kembali dalam blog...cehh...hahaha....okay,entry kali ni saya  nak bercerita pasal kuih raya kegemaran cek la kan....wajib ada kalau raya...tak ada,tak raya la jawabnya.....macam tu sekali...hahaha.....okay,mai saya ceghita camna kuih almon london ni dibuat...

Bahan-bahan

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan. 
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)  

          6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut & almond sebiji - biji. 


   
           7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

          8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap  udara..siap


ni la hasilnya kuih raya almond london...fuh,penat woo buat...hahaha....kuih raya dah siap...rendang & ketupat kat daput tu xtengok lg...hangit sat gi habis..ok la..setakat ni jela entry untuk kuih raya....selamat berjumpa lagi...selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin ^_^

No comments:

Post a Comment