Thursday 30 August 2012

beli belah nak raya dahhhhh - Aidiel

assamualaikum....eh eh,dah nak raya dah....kejap je....ha,apa lagi jom kita beli baju rayaaaa....yeay







dari sinag ke malam...xjumpa2 lagi baju raya..hahaha


tu dia....sakan membeli-belah nampak..hahaha...raya-raya juga tapi jangan berlebihan tau...bersederhana sudah.....

SELAMAT HARI RAYA !


Suasana di Bazar Aidilfitri di Parit Buntaqq...-ASAS-

skrg aku nk tnjuk suasana ekspo raya kat parit buntaq...my hometown...membe2 aku niaga kat ekspo neh..aku dapat tgkap sikit jer..so tgk lah..

ha ni kak rose...kemboja mari....raya ni untung byk dya..

ni suasana kat dpan tapak membe aku...panas gak la mlm ni..ramai org..last day la katakan...

ni dkwan..membe aku..satu family dgn sepupu2 dya meniaga ekspo..

ha ni kat dlm kedai dya..byk jual suar jeans and beg and so on....    

    haa ni bapak dya..wan apom..xtaw knpa pgel dya wan apom..                                                              

lagu raya bersama artis baru ~ Aidiel NANO

'assalamulaikum...salam hamba hulurkan ingatan....' eh,sempat nyanyi lak kan..hahaha...okay,kali ni cek nak kongsi & dedikasi lagu raya ini kepada semua sahabat yang mengenali diri ini & yang mengambil kursus CCT ini....seronok seronok juga,tapi kena ingat pada yang tak mampu ya,,,jom kita layan lagu raya ni T_T
S. Jibeng Musafir Di Aidil Fitri Gema takbir di subuh hari Menjelang sudah aidil fitri Tapi hamba musafir diri Ke sana sini membawa diri Ayah ibu lamalah pergi Pergi menyahut seruan Illahi Tinggal hamba seorang diri Tiada siapa ingin hampiri ( korus ) Oh Tuhan Yang Maha Kaya Hamba menangis di pagi raya Aidil fitri hari bahgia Tapi hamba dilanda derita Pusara ayah dan juga ibu Di pagi bahgia hamba kunjungi Dengarlah ini ratapan anakmu Hamba musafir di aidil fitri

Dedication raya song to my lecturer and my friends from ASAS


ni lagu feveret raya gua..hahaha

My Eid Al-Mubarak Story


Assalammualaikum wbt. Selamat Hari Raya saya ucapkan pada semuan Maaf zahir dan Batin..haaa bila time2 raya ni kita celebrate sempena habisnya ramadhan pada taun ni...alhamdulillah ada nyawa lagi aku ni ha menyambut hari raya pada taun ni..xpe, skrg aku nk smbng pasal kueh raya faveret aku...iaitu kueh raya cornflake honey....hehe ni gmbaq dya..



memang sedap! ha nak taw cara2 nak wat dya?? sonang ajooooo....


Bahan-bahan (70 biji)
1 kotak cornflakes – 220g
100g butter
6 sudu besar madu
3 sudu besar gula
Paper cups
Manik warna-warni (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.
  2. Masukkan cornflakes dan kacau hingga sekata. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan tabur manik ke atasnya.
  3. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.

After that tadaaa! dah siap..senang jerrr....

ALMOND LONDON ^_^v - AIDIEL HAZIQ

assalamualaikum...hai kawan2..bertemu kita kembali dalam blog...cehh...hahaha....okay,entry kali ni saya  nak bercerita pasal kuih raya kegemaran cek la kan....wajib ada kalau raya...tak ada,tak raya la jawabnya.....macam tu sekali...hahaha.....okay,mai saya ceghita camna kuih almon london ni dibuat...

Bahan-bahan

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan. 
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)  

          6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut & almond sebiji - biji. 


   
           7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

          8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap  udara..siap


ni la hasilnya kuih raya almond london...fuh,penat woo buat...hahaha....kuih raya dah siap...rendang & ketupat kat daput tu xtengok lg...hangit sat gi habis..ok la..setakat ni jela entry untuk kuih raya....selamat berjumpa lagi...selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin ^_^

My Aidilfitri Celebration - Shafinaz

Salam Aidiftri. Minal aidil walfaizin.

Pejam celik dah sebulan kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, semoga amalan kita diterima Allah swt. Amin. Masa malam raya hari itu, saya dan family excited sungguh apabila mendengar pengumuman raya. Hohoho. 1 Syawal pada tahun ini jatuh pada 19 Ogos 2012 iaitu pada hari Ahad. Heee.

Raya Oh Yeah!
FYI, saya merupakan anak jati Selangor, makanya kampung saya hanya di Selangor sahaja. Kadang-kadang jealous jugak bila tengok orang lain balik kampung jauh-jauh. Takpelah, yang penting raya bersama family dah cukup menggembirakan. Okay, let's pictures do the talking. Oh ya, family potrait dekat dalam camera ayah and tak sempat ambik, so tengok je lah gambar yang ada ni.

1 Syawal 1433 H
Sisters :)

Suasana Hari Raya
Syukur alhamdulillah, Syawal pada tahun ini cukup bermakna buat saya dan keluarga. Actually, setiap tahun pon bermakna jugak, tapi raya tahun ini agak best la jugak. Haa,jangan kita lupa, di sebalik kegembiraan kita menyambut Syawal dengan orang yang tersayang, masih ada mereka yang kurang bernasib baik. Jadi, marilah kita menyambut Syawal ini dengan penuh kesyukuran :)


aidilfitri celebration -norshaida

Assalamualaikum, hello z
Ok, sebelum saya mulakan cerita, saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua...wahhh...sedar tak sedar kita dah habis bulan ramadhan..masuk dah bulan syawal ...kejap je kan ramadhan meninggalkan kita ..
Ok,meh sini meh..saya nak cerita mengenai syawal tahun nihh ...hurmmm..tahun ni adalah tahun pertama tanpa ayah tiri saya yang meninggal tahun lepas, tahun ke enam tanpa ayah saya (al-fatihah untuk mereka berdua). Tahun ni pulak kakak saya balik kampong suami, maka di pagi raya kami beraya empat orang jee ...sedihnyaaa L
Ohhh ohhh..lupa nak cakap, siapa empat orang tu...saya, mak saya, abang dan isteri. Abang saya lagi satu tu datang lepas solat sunat hari raya .pagi tu lepas abang saya balik dari solat sunat, kami pun bersalaman lerr...banyak buat dosa ngan mak nih..huhuhu....eh, lupa nak bagitahu, tahun ni mak saya masak ketupat lemak, sambal sotong, rending daging, dan kari daging..hhahahah..marvellos :D
Dalam pukul 12, saya dan mak saya ikut makcik saya balik kampong di perak .....haaa...sebab apa ikut makcik ? abang2 saya pergi raya rumah mertua daaa ...singgah sana, singgah sini ..kami sampai kampong pukul 6 petang ..Malam tu bila da lepak dengan cousin semua, tidur pown lambat lerr jugakk ..hahahahah..biasa la kan :p
Esoknya kami nak berjalan la rumah sedara mara ..tapiiiiiiiiiiiiiii...sebelum tu pakcik saya sembelih itik !!!hahahaha..then makcik saya masak kari itik...tapi saya tak makan laaa ...sebab..err...tak reti :p dah nyotnyetnyotnyet, kiteorang gerak pergi teluk intan pukul 2 petang ...kat teluk intan tu rumah makcik saya ..bila sampai je rumah makcik saya tu, makan2.. (siap tapau kuih lagi :p) kiteorang nak pergi ipoh pulak ..
Kiteorang nak sampai ke ipoh tuu punya la lama..dengan jammed, siap sesat2 bagai..maklum laa..jarang pergi kan ..oh oh..kiteorang pergi empat kereta ..sampai sana pukul 8 malam ..makan2 jap..lepas tu makcik saya cakap ‘kita tidur sini laa’ ..err...err....kami beberapa orang da blur...guess what ?????? kiteorang dah takde baju !!!! mana taknya..plan nak tidur sehari je kann...maka...maka...KAMI PERGI MYDIN MALL !!
It was an awesome memory bila hari raya pergi shopping !!! hahahahah cari baju tidur dan baju untuk esok ..hahahahah..walaupown shopping dekat mydin jerr..dekat 100 hengget jugak la melayang kauuuuuuu :p
Esoknya kiteorang bertolak balik...sampai rumah saya dalam pukul 2 petang ..haaa..lepas tu mesti korang ingat saya dan mak saya tidur kan..jawapannyaa ...TIDAK !! sebab...kami balik kampong Melaka pulak :D kali ni dengan abang saya...hehe...ketika entri ni di taip, saya berada di Melaka dan, belum lagi pergi beraya..nanti2 je la ekk sambung cerita :p
Ok, daaaaaaaaaaaaa
Assalamualaikum J



unforgettable memory during ramadhan - norshaida

Hai Assalamualaikum..we meet again J

For this entry saya nak ceritakan pengalaman yang tak dapat di lupakan semasa bulan ramadhan ..actually banyak gila memori kan...especially bila duduk jauh dari family ni..tapi kita cerita satu udah ler..ye dop ?
Minggu yang saya dan rakan2 rumah nak balik ke kampong adalah minggu yang sangat2 sibuk ...sebab ? kami ada dua test ..hari rabu malam (8/7/12) lepas test fin358 ..rasa legaaaaa sangat !! hahahah ...pukul 11 malam baruuuu berbuka...i mean ambik heavy food laa ....then balik rumah..online...buka facebook, twitter ...bla2...tiba2 my housemates ‘jom main bunga api !!’ terus saya pandang jam ..guess what??pukul 2 pagi !!! gilaaa laaaaaaaaaaaaaaa :O
Then ada kawan2 lelaki yang nak joinnn...soooooo pukul 2.30 dorang sampai depan rumah kiteorang ...maka, bertukar la kami menjadi kanak2 ribena :p













Habis jer main bunga api, tengok jam dah pukul 4..so, kiteorang decide nak sahur kat kedai..padahal minum air je pown ..hahahah
Then balik rumahh...ingat nak tidur la kejap..tak boleh tidur...yang menjadikannya lebih epic, kami ada kelas pukul 8 !!
Check it out what happen to us at 10a.m !!

manusia yang mengambil gambar kandid ni
adalah fana ..grrrr



                                                                    
Ok, sekian sahaja untuk entry kali ni..
Daa
Assalamualaikum

song dedication - norshaida

Assalamualaikum, holla J
Dah nak habis bulan ramadhan kann...ok di kesempatan ni saya nak menyusun sepuluh jari memohon maaf atas silap dan salah ..manusia tak lari dari buat kesilapan kannn ..errmmm, so kat sini saya nak tujukan lagu ni untuk korang semua ...kenapa lagu nih ? sebab saya sukaaaaaaaaaa sangat lagu nih..tak tahu napa..hahahah
Ok, jom layannnnnnnnnnn~

Aidilfitri Song Dedication - Shafinaz



Yuna - Raya Oh Yeah
Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka-ria
Oh yeah
Raikan hari raya
Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah
Samalah kita nanti
Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi
Chorus
Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum sehingga hujung telinga
Oh yeah
Tunggu kekasih hati
Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya
Ulang Chorus
Cinta di hari raya (3x)
Hello!!! Haa amacam, best tak lagu Yuna tu? Saya pilih lagu ni sebab dia catchy dan buat kita nak berjoget-joget. Haha. Nevertheless, lagu lama macam Dendang Perantau, Menjelang Hari Raya, Seloka Hari Raya dan banyak lagi masih menjadi pilihan kita dan kekal evergreen sampai hari ini. Kalau tiada yang lama, tiada yang baru kan? 
Lagu ini saya dedicate khas untuk family yang tersayang, kawan- kawan yang berada di seluruh Malaysia dan untuk semua yang mengenali diri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
 Jangan main mercun and enjoy your raya :) 

Bazaar Aidilfitri - Norshaida

Assalamualaikum 
Ok...hurmmm.....bulan ramadhan dah nak berakhir....syawal bakal menjelmaa..so, antara aktiviti2 yang di lakukan oleh rakyat di Malaysia ini adalah......SHOPPING !!
Tapiiii...harus la beringat-ingat masa shopping tu yerr...jangan la sampai membazir...for this year, saya buat dua pasang baju kurung..tapi rasa macam nak tambah lagi...maka bersesak-sesak la kita di jalan TAR..yeayyyy !!
(ouh..sedikit penerangan mengenai jalan TAR ni..kat sini memang tiap2 tahun akan jadi tumpuan orang ramai untuk shopping raya, especially last day ramadhann..sebab...dorang akan turunkan harga gila punya murahh laaa...tudung boleh dapat sehelai seringgit :D , maka warga2 kl yang tak balik kampong malam raya tu, memang suka bersesak kat situ )
Saya pergi jalan TAR dengan cousin saya..hari selasa...dan kami bernasib baik..masih belum ramai bercuti ..so takde la sesak sangatt.. (walaupown sesak jugak..lol) tapi shopping kan dah sinonim dengan kaum hawa nih..so kita redah jerrrrrrrr J
Macam2 adaa kat jalan TAR nihhhhh ..rambang mata di buatnya :D ..jalan punya jalan...dapat la tudung dua helai...tapi rasa macam ada satuuuuuuu lagi tak beli..apa ekk ?? JUBAH !! misi tahun ni hari raya pertama nak pakai jubah...tengok semua sarattt je jubahh...maka, setelah 3jam berjalan kat jalan TAR tu ...guess what ??? kiteorang pergi first lady..kah3
Maka...cukup la apa yang hendak di cariii...layan gambar jom J