Friday 27 July 2012

Salam Ramadhan - Salihah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم



Salam ramadhan buat semua . .
Sedar tak sedar hari ni dah masuk 7 hari umat Islam berpuasa kan . . Alhamdulillah, masih boleh berpuasa sampai ke hari ini, syukurr ツ
Sekarang da start puasa, tapi semenjak TUJUH / LAPAN  beberapa tahun lepas, tak berpeluang lagi puasa dengan family terchenta, even 1st day pon! [2nd 3rd last day of Ramadhan baru berpeluang]
Apa nak buat, time sekolah2 dulu dok hostel, bersahur+berpuasa+berbuka+berterawikh semua ngan kawan2 sampai nak pegi terawikh pon budak2 aspura dok baling mercun bola kat we'ol [sighs]. Paling best time duty pergi bazar Ramadhan. We'ol yang senior wat kepala, tak nak beli barang banyak2 pasai nanti tangan2 we'ol sakit. =p


Time da masuk UiTM PERLIS sesi Disember 2009 tu pon tak berpeluang puasa ngan family for a whole month! parents kene puasa kat HOSPITAL TAIPING yang jaoh tu & bersahur dalam kereta [sighs] TIME TU SEBULAN TAK PUASA  [ritu telefon ustaz kat PERAK.FM kata tak pe lah..hehe]
Tahun kedua puasa kat sini [Ogos 2011] tak berpeluang jugak, dok berbuka la sorang2 kat sini [Siding  biasalah if tak de roomate, bukak puasa la anda sorang2 dengan khusyuk dan tawaduknya]
Tahun ni [Julai 2012] tak balek jugak 1st puasa, oke je ツ


Kalau puasa kat rumah, mesti juadah yang tak boleh miss juadah ni! Ayah pon dah tahu dah favourite anak dia yang sorang ni ツ

# perghh yang ni favourite kot!! tapi kat sini tak best plak, hehe.


# yang ni biasa2 cket, tapi ayah yang suka.
# duty pegi bazar time kat hostel dulu asyik dapat menu ni je yang mintak dibeli, adehh, borin da asyik tengok muka penjual 'Roti John' yang terkemuka tu, [as senior yang baik dengan junior2 player bola sepak suatu ketika dulu, asyik dapat ni jugak la, so tak payahlah buli mintak dibelikan] hehe . . NAMPAK TAK PERMAINANNYA :p


# yang ni hidangan pulak! favourite sangat2, if tak de, memang makan sesuku pinggan je la, mama pon bising2 sebab asyik2 nak masak hidangan yang sama je [nak tolong? -ermmm, malas] ;p


# yang ni sedap! puasa ke tak ke mesti ade jugak2! hehe


Alhamdulillah . . .
Sebelum mengakhiri entri ini, semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari Ramadhan tahun2 lepas. Kepada mereka2 yang dah wajib puasa tu, jangan la pulak cari alasan ke, buat2 lupa ke tak puasa.
Hehehe. Kan banyak ganjaran puasa ni, 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Moga ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk semua umat ツ

No comments:

Post a Comment