Friday 27 July 2012

My Top Three Favorite Foods During Ramadhan-Shafinaz

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam Ramadhan Al Mubarak people!

Okay, back to our topic about my favorite foods during Ramadhan. Kalau cakap pasal favorite ni, actually semua favorite. Nak cerita semua takut panjang pula entry ni. Teehee. So, I just list down my top three favorite foods.

We start with the third dulu eh baru ada unsur suspen sikit. Ceewah

3. Tepung pelita/ kuih sampan/ kuih tako

Tepung Pelita

During Ramadhan I love to eat kuih, dessert, pudding and makanan yang manis. Bila pergi bazaar Ramadhan tengok kuih-kuih semua, nampak tempting gila. But the kuih I like the most is kuih tepung pelita. Nama kuih ni memang banyak. Ada yang panggil kuih sampan and ada jugak panggil kuih tako but I called it “Kuih Tepung Pelita” sebab dari kecik memang panggil macam tu. Why I love this kuih? Sebab kuih ni rare sikit. Bulan Ramadhan je jumpa. Kuih ni memang beli je la, forever takkan buat sendiri sebab macam leceh je. Haha. *alasan*

This kuih tepung pelita, kuih sampan, kuih tako or whatever you called it has two layers. The top one is white in colour. Hasil campuran tepung beras dan santan. The second layer which is the bottom one, warna hijau hasil campuran tepung dan jus pandan. Acuan kuih ini berbentuk 4 segi dan acuannya boleh dibuat menggunakan daun pisang atau daun pandan. Nak resepi kuih ni? Google kan ada. Hehehe.

2. Nasi Kerabu

Nasi kerabu. ONOMNOM

Alright, nasi kerabu is my all time favorite dish. Bukan bulan puasa pon memang asyik cari je nasi kerabu ni. Kalau hari-hari berbuka dengan nasi kerabu pon no hal lah. Nasi kerabu ni rare jugak sebab rasa dia unik dan nasi dia berwarna biru. Pilihan side dish untuk nasi kerabu ni memang banyak. Antaranya ialah keropok, daging/ ayam bakar, telur masin, solok lada dan lain-lain. Nak tahu rasa nasi kerabu ni macam mana? Sila dapatkan di bazaar yang berhampiran.

Dah tiba masanya for my top favorite food during Ramadhan. *Drum roll*

1. Kurma Yusuf Taiyoob ‘Safia’

Kurma Safia "Yusuf Taiyoob"

My top favorite food during Ramadhan is Yusuf Taiyoob dates. Ramadhan dan kurma memang tak boleh dipisahkan. Bila tiba bulan Ramadhan, automatically kita akan cari buah kurma. So far, kurma Safia bertangkai paling best kot. Buah kurma ni memang banyak khasiatnya iaitu kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral.

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa mereka yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Buah kurma ini menyumbang tenaga dan dengan memakannya memudahkan kita beribadat seperti menunaikan solat terawikh dan sebagainya.

So, mari kita sama-sama mengamalkan berbuka puasa dengan buah kurma. Sedap pon sedap, khasiat pon banyak then dapat pahala lagi. How cool is that bebeh? Woohoo!


Till then, have a nice and full of barakah day. Happy fasting everyone :)







No comments:

Post a Comment